KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar AS dalam masa terdekat berikutan pelabur terus memantau dengan teliti kemajuan ekonomi tempatan dan global pada masa depan, kata seorang penganalisis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata antara yang diperhatikan berkaitan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell yang jelas menyatakan bahawa kenaikan kadar bukan sebahagian daripada senario garis dasar bank pusat itu walaupun ia masih bimbang dengan kadar inflasi.
"Satu peristiwa penting minggu depan ialah mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia pada 9 Mei, terutamanya mengenai penilaiannya terhadap perubahan dasar baru-baru ini dan prospek inflasi.
"Selain itu, siri Indeks Pengurus Pembelian, keputusan kadar faedah Reserve Bank of Australia dan data perdagangan China yang akan dikeluarkan minggu depan. Sehubungan itu, ringgit sepatutnya kekal sekitar RM4.73 hingga RM4.74 bagi setiap dolar AS minggu depan," katanya kepada Bernama.
Pada asas Jumaat-ke-Jumaat, ringgit mengukuh kepada 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7650/7710 seminggu sebelumnya.
Mata wang tempatan juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9487/9525 daripada 5.9644/9719 sepanjang minggu dan meningkat berbanding euro kepada 5.0890/0922 daripada 5.1157/1221 sebelum ini, tetapi ia merosot berbanding yen Jepun dari kepada 3.0947/09683 daripada 3.0408/0451.
Sementara itu, ringgit, diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.8723/8850 daripada 12.8902/9120 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.25/8.27 daripada 8.26/8.27 sebelumnya.
Bagaimanapun, mata wang tempatan itu merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 294.4/294.8 daripada 293.9/294.4 seminggu sebelumnya dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5027/5054 daripada 3.5021/5068.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Ringgit diunjur kekal sekitar RM4.73 hingga RM4.74 bagi setiap dolar AS minggu depan. - Gambar hiasan/Reuters
Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan ke separuh akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, cemerlang menewaskan lawan pasukan senegara Tan kian Meng-Lai Pei Jing, 21-19,21-14 untuk menempah slot awal ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Lima ahli keluarga suspek ditahan bawah SOSMA
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA pada Jumaat.
Pantau Belanjawan: Unlocking Malaysia's green potential, energy diversity journey
Group CEO and Co-Founder, Plus Xnergy, Ko Chuan Zhen brings forward the discussion on Malaysia's renewable energy landscape to provide a comprehensive understanding of current trends, challenges, and future directions necessary for achieving the country's energy and environmental goals.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.13 mata kepada 1,621.05 daripada paras penutup 1,629.18 pada Khamis.
Niaga SPOTLIGHT: Human capital - Economic migration & brain drain
Ibu tunggang motosikal bersama dua anak diragut
Suspek yang juga bermotosikal meragut gelang tangan wanita berkenaan sebelum melarikan diri, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Keluarga Maradona halang lelongan Bola Emas
Trofi yang diberikan kepada pemain terbaik kejohanan itu telah hilang selama beberapa dekad sebelum ditemui oleh peniaga barangan antik.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.7150/7190 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7020/7055 pada Khamis.
Lelaki kerugian RM12,000 angkara 'Love Scam'
Mangsa berkenalan dengan suspek yang mengaku dirinya sebagai 'perempuan' melalui aplikasi cari jodoh, Tinder.
Kemunculan kenderaan perisai Tarantula, Rentaka jadi tumpuan ramai pada Malaysia Autoshow 2024
Penyertaan kali pertama Mildef memberi peluang kepada peminat automotif mendekati kenderaan perisai yang dibangunkan syarikat tempatan itu.
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.